Wednesday, March 27, 2013

❤ After NIAT , update IKHLAS ❤





KEIKHLASAN itu umpama seek0r semut hitam
di atas batu yang hitam,
di malam yang amat kelam,
ianya wujud tapi amat sukar untuk dilihat





Ikhlas adalah roh ibadah
Tidak ada ikhlas, ibadah tidak ada roh
Ibadah tidak ada roh, ibadah yang mati
Kalau benda yang bernyawa tidak ada roh
Nyawa sudah tidak berguna
Ertinya ibadah dan kebajikan
yang tidak ikhlas (tidak ada rohnya) ibadah dan kebajikan itu tidak diterima
Biarlah ibadah dan kebajikan yang sedikit tapi murni (ikhlas) daripada banyak,
ikhlasnya tidak ada tertolak semuanya
Oleh itu roh ibadah kenalah dijaga
Kerana ia penentu ibadah atau kebaikan kita ditolak atau diterima
Bukan mudah beribadah atau membuat kebaikan hendak ikhlas
Ikhlas ertinya ia dibuat semata-mata
kerana Allah Taala Tidak ada sedikit pun kerana selain-Nya
Kalau ada ia dibuat kerana selain-Nya
ibadahnya atau kebaikannya tidak diterima




 " TANDA - TANDA  IKHLAS "

1.  Orang puji atau keji sama sahaja. Dipuji, hati tidak berbunga. Dikeji, hati tidak pula derita.
2.  Kalau dia rajin atau beribadah sama ada di waktu seorang atau di waktu ramai, sama saja.
3.  Kerana rajin bekerja atau buat kebaikan, dia tidak marah kalau orang lain tidak menolongnya.
4.  Apabila letih bekerja tidak pula marah-marah dengan orang lain yang mengganggunya atau tidak buat kerja.
5.  Kalau dia membuat ibadah atau buat kerja, hatinya tidaklah pula berkata moga-moga ada orang melihat supaya ada orang memujinya.
6.  Setiap kebaikan yang dia buat dia tidak suka orang lain melihatnya takut hatinya berbunga.
7.  Kalau dia dipuji susah hatinya, kalau di dikeji hatinya boleh menerimanya, hati kecilnya berkata, “Aku hamba, memanglah ada cacat celanya.”
8.  Dia membuat baik bukan kerana digesa-gesa, kemudian membuatnya kerana malu dengan manusia.
9.  Dia membuat bukan kerana sudah kehendak masyarakat, kalau tidak dibuat apa kata orang pula.
10.Dia tidak bersikap: kalau dipuji, dia rajin atau buat, kalau dia dicaci, dia tidak rajin atau tidak buat.
11.Dia juga bukan orang yang kebaikannya suka sangat hendak menyebut-nyebutnya supaya orang tahu.
12.Bukan pula di hadapan orang dia rajin, bertertib dan berakhlak. Jika seorang, dia buat hendak cepat-cepat dan cincai-cincai.




Untuk mendapat ikhlas amat susah. 
Tetapi bila tidak ada ikhlas, ertinya tidak ada roh amal. 
Tidak ada nyawa ibadah. 
Walaupun manusia itu nampaknya hebat, di sisi Allah, tidak ada apa-apa nilai. Kosong.
 Ibarat habaan mansura yakni habuk-habuk yang berterbangan, hilang begitu sahaja.
 Oleh itu marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah SWT:

 “Ya Allah jadikan kami orang yang ikhlas. Jadikan usaha kami kerana-Mu. Jangan diselit di hati kami selain-Mu. Pimpinlah kami wahai Tuhan. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Agar usaha-usaha kami tidak sia-sia. Amin. Ya Rabbal’alamin. Ya Mujibassailin, Wahai Tuhan yang menunaikan segala permintaan orang yang meminta.”


Sesungguhnya orang-orang yang ikhlas itu balasannya ialah syurga seperti sabda Rasulullah SAW: 
Allah SWT berfirman, “Aku menyediakan bagi hamba-hamba-Ku yang soleh (ikhlas), apa yang belum terlihat oleh mata dan belum terdengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam hati.”
 (Muttafaqun ‘Alaih)



❤ Tinta Hati ❤





❤ Terima Kasih ❤

Tuesday, March 26, 2013

Periksa NIAT sebelum MENGORAK LANGKAH, MENAIP KATA,.. ^_^




SUBHANALLAH , WALHAMDULILLAH , 
WALAILAHAILLALLAH ,WALLAHU AKBAR ,.. 
LA HAULAWALA QUWWATA ILLA BILLAH HIL'ALIYYIL 'AZIM ,..

 Assalamualaikum..

    Perjalanan hidup insan sebenarnya mewakili apa yang tersirat dalam jantung hati, atau niatnya. Perbuatan yang  dilakukan dengan rela dan pilihan sendiri adalah tafsiran kepada niat, kefahaman dan tujuan hidup seseorang insan. Tidak lebih daripada itu. Bahkan apa yang dirancang, keinginan, harapan yang akhirnya menjelma dalam bentuk tindakan, berpunca dari niat.

Justeru dalam hadis daripada Umar bin al-Khattab r.a, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan mengikut apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah untuk mencari duniawi atau untuk mendapatkan wanita yang ingin dikahwini, maka (pahala) hijrahnya itu mengikut niatnya.”
                                     
                                                                                                                                 (HR. Bukhari-Muslim)







~tInTa HaTI~





❤ Terima Kasih ❤